Friday, May 29, 2009

SPM dihadkan 10 subjek

Astro Awani pukul 8pm 29/05/2009 membincangkan topik SPM dihadkan 10 subjek...bukan kerana aku ambik SPM tapi apa yang membuatnya menarik bagi aku ialah kerana salah seorang panel tersebut adalah lecturer yang amat kagumi Dr. Roslan Baki. Patut la pagi2 lagi Dr. Roslan sms bgtau suruh aku tgk channel 501 rupa2nya beliau yang on air...Perbincangan yang menarik dan merupakan isu yang mmg patut diulaskan kerana sesuatu perubahan perlu kita terapkan kerana jika di lihat sistem pendidikan kita sekarang terlalu mementingkan gred dan markah sedangkan perkembangan rohani dan sosial kurang di titik beratkan.....

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak bangsa tetapi ada segelintir guru yang hanya mementingkan syllabus yang diajar habis dan jumlah pelajar yang lulus supaya nanti kuota yang ditetapkan tercapai....

Tapi patut ke 100% disalahkan hanya pada guru sedangkan guru hanyalah "tool" tetapi yang menjadi "application " adalah Kementerian Pelajaran. Pelajar pula adalah produk yang dihasilkan daripada gabungan tool dan application yang dicipta oleh sistem pendidikan negara kita.

So, selari dgn peredaran masa, bagus juga kita adakan perubahan dan penyelarasan agar kita tak ketinggalan dan pada masa yang sama kita juga harus melihat kemampuan anak2 skrg utk mengalas apa yang diberikan kepada mereka.

Walau apa yang ditetapkan, samada 10 subjek atau lebih yang paling penting pendidikan rohaniah hendaklah diberi perhatian. Jgn mengejar duniawi sdgkan ilmu utk akhirat kita abaikan...tepuk dada tanya selera...ibubapa juga yang dipersoalkan kelak di akhirat bukan kementerian pendidikan.

chow.....

Aku tak pasti.....



Setiap org mengimpikan kebahagiaan dalam kehidupannya, mungkin bukan waktunya lagi utk aku mengecapi kebahagiaan itu...walaupun begitu, aku masih belajar dari setiap apa yang aku lalui...aku hampir putus asa tetapi aku bagai di beri kekuatan oleh-Nya utk meneruskan penghidupan ini....
Bila kita berbicara tentang sayang, cinta dan perkahwinan, tak boleh tidak kita mesti bercakap tentang kesempurnaan, kita perlukan pasangan yang sempurna zahir dan batin..tetapi dalam kita mencari kesempurnaan seseorang kita lupa utk melihat samada kita ini sempurna atau tidak utk orang yang kita sayangi...maka bila kita terlalu melihat org, kita lupa akan diri sendiri, mula berputik ketidakpuashatian dan menyebabkan pertelingkahan...mungkin itu yang berlaku pada aku...
Aku akui, bukan senang aku nak melupakan kenangan yang aku ada...tetapi aku juga tidak berdaya utk menyimpan dan menelan setiap yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang tau betapa aku berusaha utk mengharungi setiap apa yang aku lalui...mungkin silapku,salahku dan juga dosa2 yang pernah aku lakukan, maka inilah balasan yang aku terima tetapi aku bersyukur kerana balasan ini, aku menjadi wanita yang matang utk menempuh kehidupanku....
Airmata....mungkin itu adalah permainanku dulu, tetapi kini airmata ini ibarat sesuatu yang payah utk aku titiskan kerana hanya apabila aku benar2 tidak berdaya dan mengharapkan dari-Nya, ketika itulah aku menghargai airmata ini...bukan kerasnya hati atau benci yang tersemat tetapi kerana azabnya yang ku lalui menyebabkan aku menghargai airmataku ini...
Setiap kali ada nukilan jiwa yang ku baca, membuat aku bangkit dari apa yang aku rasai...begitu juga dgn sajak hebat ini yang membuat aku terpikir bahawa walau aku ditinggalkan sendirian tetapi sebenarnya ada yang sentiasa menemaniku tanpa aku sedar setiap masa.....

" Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah sudah menghitung airmatamu...
jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja, Allah sedang menunggu bersama-samau....
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa etrtekan, Allah mempunyai jawapannya...
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur, Allah telahpun memberkatimu...
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungi, Allah sentiasa berada disampingmu..
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan, sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu...
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban, sebenarnya Allah sedang tersenyum kepadamu....
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi utk digenapi, Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dgn namamu...
Oleh itu ingatlah bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau berada, Allah akan mengetahui dan senantiasa berada disampingmu...."

Aku tak mengharapkan kesempurnaan setiap masa sedangkan aku masih bertatih untuk melengkapi diri dgn kesempurnaan, tetapi aku mengharapkan kebahagian dan kesempurnaan itu hadir setiap masa dalam hidupku.

Wednesday, May 27, 2009

Rakaman kenangan "bebudak dengkil"


cinta dr zaman sekolah hingga ke jinjang pelamin


kenangan di rumah zira

boleh tahan jugak!!!!

anie yang kahwin dulu dalam group aku, tengok anak dah 2 dah......

baby girl anie....

aku dgn azrin...masa ni azrin tak kahwin lagi....

ceh wah...

maz yang kedua kahwin lepas anie...ala2 jawa gitu ayunya....

puteri jawa di apit hero2 group aku....

posing siut....

gambar azrin kahwin......
manisnya kawan aku ni.....













Sehening kedamaian di Kopitiam Cyberjaya

Booth yang menarik utk disinggah
adik aku yang paling sempoi

ni..adik aku yang selalu control cun tapi best!!!


walaupun sempoi tapi tetap pilih yang feminin....



gambar posing terkejut + happy


ni gambar posing cun....


sajer nak jadi model (heheheh)






baru sempoi minum kopi sambil posing



ni gambaran kopitiam oldtown cyberjaya


Lepak dgn family mmg menyeronokkan tambahan pulak ada adik-beradik yang mmg sekepala...sajer nak hilangkan tension dan bosan asyik dekat rumah, aku dgn family pergi lepak di Kopitiam Cyberjaya...menariknya, dah makin happening dan ramai org....boleh di panggil sbg mini uptown sbb ada org bukak booth jual baju, aksesori perhiasan diri, gadget electronic dan mcm2 lagi...

Even kedai makan pun dah bertambah, kalau dulu cuma ada kopitiam dgn Padi tapi skrg dah ada beberapa lagi yang baru bukak...so ada banyak choice la utk tukar selera!!! heheheheh

Mcm biasa, crowd tetap student MMU dan penduduk setempat...makin vouge budak2 skrg...ceh wah! mcm aku tak pernah (zaman muda la)...

So, aku dgn family ada ambik gambar sajer buat kenangan....so boleh la tengok!!! "sharing is caring"

Checked out.....


















Friday, May 22, 2009

Pengalaman pertama

Setiap yang baru, susah benar utk dibiasakan, mcm blog yang baru aku buat ni...tapi aku masih bertatih utk memahami cara nak buat, tapi kesungguhan yang ada, akhirnya aku berjaya utk create blog aku sendiri dgn gaya yang paling biasa.

Aku harap kesungguhan aku tak lenyap dgn sikap malas aku sendiri utk teruskan blog ni aktif dan menjadi sumber inspirasi kepada org lain spt mana yang aku selalu buat sebelum ni menjadikan blog org sbg favourite aku.