Friday, May 29, 2009

SPM dihadkan 10 subjek

Astro Awani pukul 8pm 29/05/2009 membincangkan topik SPM dihadkan 10 subjek...bukan kerana aku ambik SPM tapi apa yang membuatnya menarik bagi aku ialah kerana salah seorang panel tersebut adalah lecturer yang amat kagumi Dr. Roslan Baki. Patut la pagi2 lagi Dr. Roslan sms bgtau suruh aku tgk channel 501 rupa2nya beliau yang on air...Perbincangan yang menarik dan merupakan isu yang mmg patut diulaskan kerana sesuatu perubahan perlu kita terapkan kerana jika di lihat sistem pendidikan kita sekarang terlalu mementingkan gred dan markah sedangkan perkembangan rohani dan sosial kurang di titik beratkan.....

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak bangsa tetapi ada segelintir guru yang hanya mementingkan syllabus yang diajar habis dan jumlah pelajar yang lulus supaya nanti kuota yang ditetapkan tercapai....

Tapi patut ke 100% disalahkan hanya pada guru sedangkan guru hanyalah "tool" tetapi yang menjadi "application " adalah Kementerian Pelajaran. Pelajar pula adalah produk yang dihasilkan daripada gabungan tool dan application yang dicipta oleh sistem pendidikan negara kita.

So, selari dgn peredaran masa, bagus juga kita adakan perubahan dan penyelarasan agar kita tak ketinggalan dan pada masa yang sama kita juga harus melihat kemampuan anak2 skrg utk mengalas apa yang diberikan kepada mereka.

Walau apa yang ditetapkan, samada 10 subjek atau lebih yang paling penting pendidikan rohaniah hendaklah diberi perhatian. Jgn mengejar duniawi sdgkan ilmu utk akhirat kita abaikan...tepuk dada tanya selera...ibubapa juga yang dipersoalkan kelak di akhirat bukan kementerian pendidikan.

chow.....

3 comments:

  1. Betul3x (kena jugak bunyikan gaya ala2 upin&ipin k)... bukan kuantiti A yang kita mahu dalam kalangan pelajar kita. Tue bukan ukuran keberjayaan modal insan dan minda kelas pertama. yang penting adalah kualiti, biarlah walau hanya dapat 2 atau 3 A tapi kalau itu berkualiti, pasti aje tu lebih bermakna daripada mendapat 17 A tapi akhirnya tergadai dengan sepak terajang dunia...
    renung2kan... :))

    ReplyDelete
  2. amboi...boleh tahan jugak komen awak ni...mendalam sungguh...
    betul3x (upin& ipin punya sound)

    ReplyDelete
  3. whoaaaaa...aku benci ko.ko kerek skrg ek.aku ym xnak balas.ingt lawat kt spital ke ape..bengang nye akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..tau la dah ade blog

    ReplyDelete